SK SRI KELEWEK

Taklimat Pengurusan Prestasi

Posted by SK SRI KELEWEK on Ahad, 31 Januari 2010 , under | comments (0)



Guru Data dan Guru Besar


Tempat : PPD Tanah Merah
Masa : 8.00- 12 tgh

BELASUNGKAWA

Posted by SK SRI KELEWEK on , under | comments (0)



Warga Pendidik di SK Sri Kelewek secara khasnya serta Kelantan umumnya, Merafak sembah takziah kepada;

Duli Yang Maha Mulia Sultanah ZahariahTunku Ahmad, Sultanah Johor.

Anakanda-anakanda almarhum baginda Sultan, seluruh ahli keluarga serta kerabat diraja Johor; Pembesar-pembesar Johor, Pegawai-pegawai kerajaan Johor dan seluruh rakyat Johor yang lain di atas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim, mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru.

Baginda yang dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru akibat gering. Baginda menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.13 22 Januari 2010.

Sesungguhnya pemergian Baginda amat dirasai dan satu kehilangan yang besar pada Negeri dan Jajahan Takluk Johor.

Semoga roh Baginda ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman...

al-Fatihah...

20 SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

Posted by SK SRI KELEWEK on , under | comments (0)



Petikan Utusan Malaysia Online.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia. Daripada 20 buah sekolah tersebut, 10 buah adalah sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan.

Berikut adalah senarai penuh SBT 2010:

1.Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
2.Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
3.Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
4.Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5.Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
6.SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
7.Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
8.Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
9.Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
10.SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
11.SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
12.Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
13.Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
14.SMS Muzaffar Syah, Melaka.
15.Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
16.SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
17.SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
18.SK Convent Kota, Taiping, Perak.
19.SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
20.SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor

Related Posts with Thumbnails