Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan
FADILAT SOLAT TERAWIH & KELEBIHANNYA
Malam 1
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: DIAMPUNKAN DOSA-DOSA ORANG YANG BERIMAN SEBAGAIMANA KEADAANNYA BARU DILAHIRKAN
Malam 2
DI AMPUNKAN DOSA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERSOLAT TERAWIH SERTA DOSA-DOSA KEDUA IBUBAPANYA
Malam 3
PARA MALAIKAT DI BAWAH ARASY MENYERU KEPADA MEREKA YANG BERSOLAT SUPAYA MENERUSKAN SOLATNYA PADA MALAM-MALAM BERIKUTNYA, SEMOGA ALLAH S.W.T AKAN MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA MEREKA
Malam 4
MEREKA MEMPEROLEHI PAHALA SEBAGAIMANA PAHALA YANG DIPEROLEHI OLEH ORANG-ORANG YANG MEMBACA KITAB TAURAT, INJIL, ZABUR DAN AL-QURAN
Malam 5
DIKURNIAKAN PAHALA SEUMPAMA PAHALA ORANG-ORANG YANG MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI MASJIDIL HARAM, MASJID NABAWI DAN MASJID AL-AQSA
Malam 6
DIKURNIAKAN PAHALA SEUMPAMA PARA MALAIKAT –MALAIKAT YANG BERTAWAF DI BAITUL MAKMUR SERTA SETIAP BATU DAN TANAH BERDOA UNTUK KEAMPUNAN ORANG –ORANG YANG BERSOLAT MALAM TERSEBUT
Malam 7
SEOLAH-OLAH DIA DAPAT BERTEMU DENGAN NABI MUSA A.S SERTA MENOLONGNYA MENENTANG MUSUHNYA FIRAUN DAN HAMMAN
Malam 8
DIKURNIAKAN PAHALA SEBAGAIMANA PAHALA YANG DIKURNIAKAN KEPADA NABI IBRAHIM A.S
Malam 9
DIKURNIAKAN DAN DINAIKKAN MUTU IBADATNYA SEPERTI NABI MUHAMMAD S.A.W
Malam 10
ALAH S.W.T MENGURNIAKAN KEPADANYA KEBAIKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT
Malam 11
DIA MENINGGAL DUNIA DI DALAM KEADAAN BERSIH DARI DOSA SEPERTI BARU DILAHIRKAN
Malam 12
DIA AKAN DIBANGKITKAN PADA HARI KIAMAT DENGAN MUKA YANG BERCAHAYA
Malam 13
DIA AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT DALAM KEADAAN AMAN DARI SEBARANG KEJAHATAN DAN KEBURUKAN
Malam 14
MALAIKAT-MALAIKAT AKAN DATANG MENYAKSIKAN MEREKA BERSOLAT TERAWIH SERTA ALLAH S.W.T TIDAK AKAN MENYESATKAN MEREKA
Malam 15
SEMUA MALAIKAT MEMIKUL ARASY DAN KURSI AKAN BERSELAWAT DAN MENDOAKAN SUPAYA ALLAH S.W.T MENGAMPUNKANNYA
Malam 16
ALLAH S.W.T MENULISKAN BAGINYA DARI KALANGAN MEREKA YANG TERLEPAS DARI API NERAKA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA
Malam 17
ALLAH S.W.T MENULISKAN BAGINYA PAHALA PADA MALAM INI SEBANYAK PAHALA NABI-NABI
Malam 18
MALAIKAT AKAN MENYERU : WAHAI HAMBA ALLAH, SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH REDHA DENGANMU DAN DENGAN KEDUA IBUBAPAMU (YG HIDUP/ TELAH MENINGGAL DUNIA)
Malam 19
ALLAH S.W.T AKAN MENINGGIKAN DARJATNYA DI DALAM SYURGA FIRDAUS
Malam 20
DIKURNIAKAN KEPADANYA PAHALA SEKELIAN ORANG YANG MATI SYAHID DAN ORANG-ORANG SOLEH
Malam 21
ALLAH S.W.T AKAN MEMBINA UNTUKNYA SEBUAH MAHLIGAI DI DALAM SYURGA YANG DIPERBUAT DARI CAHAYA
Malam 22
IA AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT DI DALAM KEADAAAN AMAN DARI SEBARANG HURU-HARA PADA HARI TERSEBUT
Malam 23
ALLAH S.W.T AKAN MEMBINA UNTUKNYA SEBUAH BANDAR DI DALAM SYURGA DARIPADA CAHAYA
Malam 24
AKAN DIBUKAKAN PELUANG UNTUK BERIBADAH KEPADA MEREKA YANG SOLAT TERAWIH PADA MALAM INI SELAMA 25 TAHUN
Malam 25
ALLAH S.W.T AKAN MENGANGKAT SEKSA KUBUR DARINYA
Malam 26
AKAN DIKURNIAKANN PAHALA 40 TAHUN IBADAH KEPADA MEREKA YANG BERSOLAT TERAWIH PADA MALAM INI
Malam 27
BAGI MEREKA YNG BERSOLAT PADA MALAM INI AKAN DIKURNIAKAN KEPADANYA KEMUDAHAN UNTUK MELINTASI TITIAN SIRAT SEPANTAS KILAT
Malam 28
ALLAH S.W.T AKAN MENAIKKAN KEDUDUKANNYA 1000 DARJAT DI AKHIRAT
Malam 29
ALLAH S.W.T AKAN MENGURNIAKAN KEPADANYA PAHALA 1000 HAJI YANG MABRUR
Malam 30
DIBERI PENGHORMATAN PADA MEREKA YANG BERSOLAT TERAWIH PADA MALAM TERAKHIR INI DENGAN FIRMANNYA YANG BERMAKSUD : WAHAI HAMBAKU! MAKANLAH SEGALA JENIS BUAH-BUAHAN YANG ENGKAU INGINI UNTUK DIMAKAN DI DALAM SYURGA DAN MANDILAH KAMU DI DALAM SUNGAI SYURGA YANG BERNAMA ‘SALSABIL’ SERTA MINUMLAH AIR DARI TELAGA YANG DIKURNIAKAN KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W YANG BERNAMA ‘ AL-KAUTHAR’
Solat Tarawih
Latar Belakang
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk
istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya
istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat.
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas
solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat
rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula
dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah
mengerjakan sembahyang Isyak dan
waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Dalil
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang
Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan
sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda:
“Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap
ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan
ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan
sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya.
Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat
yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di
masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok
paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan
kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang
itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.
Hukum
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat
muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam
lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara
berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara
berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Menurut Imam Al Ghazali
dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh
dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan
secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan
bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat
terawih termasuk solat Tahajjud
atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca
ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.
Cara Solat Tarawih
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan
sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih
ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram
kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun
sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja
selesai menunaikan solat Isyak.
Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut
pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya
di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah
selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak.
Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana
bacaan semasa solat [Subuh].
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan
solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing
dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat
Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".
Bilangan Rakaat
Umat islam
menunaikan sembahyang tarawih di bulan Ramadan
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih
dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana
tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman
Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat
kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak
keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan
ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia
mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3
rakaat sembahyang witir.
Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan
rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak
pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih
dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya
tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni
witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas
rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”
Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh
jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap
kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29
Ramadan.
Kelebihan Sembahyang Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya
telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang
mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan
mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya
sebelum itu.




Tanah Merah