SK SRI KELEWEK

Kedudukan SK Sri Kelewek di Google Map

Posted by SK SRI KELEWEK on Rabu, 9 Jun 2010 , under | comments (0)



Kedudukan SK Sri Kelewek di kordinat X=102.1078 Y=5.81285
Klik pada imej untuk melihat paparan yang lebih besar.



 
Klik pada imej untuk melihat paparan yang lebih besar.

 
Klik pada imej untuk melihat paparan yang lebih besar.

Klik pada imej untuk melihat paparan yang lebih besar.

Klik pada imej untuk melihat paparan yang lebih besar.

SK SRI KELEWEK terletak di kawasan luar bandar di dalam Daerah Tanah Merah, Kelantan. Ia terdiri daripada beberapa buah kampung yang berdekatan seperti Kg. Kelewek, Kg. Bechah Tok Kamal, Kg. Padang Lalang dan Kg. Repoh Jagong. Kampung-kampung yang berdekatan lagi ialah Manal 1, 2 dan 3. Jarak dari sekolah ke pusat bandar lebih kurang 6 km sahaja. Sekolah rendah yang terdekat ialah SK Bechah laut dengan jarak 5 km. Sekolah menengah yang terdekat pula ialah SMK Tanah Merah 1 dengan jaraknya lebih kurang 4 km. Manakala jarak sekolah ke PPD Tanah Merah pula ialah lebih kurang 5 km sahaja.
Guru-guru yang mengajar di sekolah ini rata-ratanya terdiri daripada guru yang tinggal di Daerah Tanah Merah. Ada juga yang jauh seperti dari daerah Kota Bharu dan Bachok. Tetapi mereka ini ada yang menyewa di Tanah Merah dan kawasan sekitarnya.
Sekolah-sekolah yang berada dalam zon TQE 1 ialah SK Bechah Laut, SK Bukit Gading, SK Sri Suria 1, SK Sri Suria 3, SK Alor Pasir serta SK Sri Kelewek. 

Cuti Pertengahan Penggal 1

Posted by SK SRI KELEWEK on Jumaat, 4 Jun 2010 , under | comments (0)




Pada hari ini Jumaat bersamaan 4 Jun 2010, sekolah-sekolah Ketogori A semuanya mula bercuti. Bagi anda yang bercadang atau berura-ura hendak pergi melancong, makan angin atau buat apa-apa pn bolehlah. Asalkan mendatangkan faedah untuk kelurga dan anak-anak. Begitu juga bagi pelajar2 semua, jadikan cuti ini suatu tempat untuk mengulangkaji pelajaran. Tetapi jangan kita lupa kepada rakan guru-guru yang mengajar kelas tambahan pada masa cuti ni.. Mereka ini harus di beri pujian dan terima kasih kerana sanggup menggadaikan masa cuti mereka untuk kepentingan anak2 didik kita semua. Justeru itu juga, kita haruslah sama2 memberikan semangat dan dorongan kepada mereka untuk meneruskan perjuangan demi anak bangsa 1 Malaysia ini.

Sejarah Sekolah

Posted by SK SRI KELEWEK on , under | comments (0)



Sekolah SK Sri Kelewek diasaskan oleh Zakaria b Mat Amin pada tahun 1958. Bangunan yang pada mulanya hanya beratapkan rumbia, berdindingkan buluh dan berlantaikan tanah. Keramaian murid ketika itu 42 orang.

Tidak lama kemudian terpaksa ditutup kerana dibina tanpa kebenaran kerajaan. Tahun 1960, setelah mendapat kebenaran, dibina pula dengan modal RM 500.00. Tahun 1961 didaftarkan sebagai Sekolah Rakyat Kelewek. Guru Besar ketika itu ialah Cikgu Abas bin Muda dan Cikgu Abdullah b. Awang Besar sebagai Guru Penolong.

Malang tidak berbau, sekolah telah dilanda ribut dan sebahagian bangunannya telah roboh. Usaha mencari derma dijalankan. Dengan modal RM 700.00,bangunan baru berjaya didirikan. Bilangan murid telah meningkat seramai 60 orang. Pada bulan Mei 1968, sekolah ini telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, bangunan telah diperbesarkan. Tn. Hj. Ismail bin Awang dilantik sebagai Guru Besar.

Pada tahun 1975, di atas sebidang tanah seluas 3.28 hektar di Kg. Bukit Payung, Kelewek terbinalah sebuah bangunan baru dua tingkat dan 6 bilik darjah dan dinamakan SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KELEWEK dengan nombor pendaftarannya DBA 5309. Pada tahun 1986, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM 50,000.00 untuk membina bangunan 4 bilik darjah secara gotong royong. Dengan penjimatan kos melalui projek yang diselenggarakan secara gotong-royong, pihak sekolah tidak hanya dapat menyiapkan 5 bilik darjah, sebuah musalla juga dapat didirikan.

Pada tahun 1989, sekolah mendapat peruntukan RM 50,000.00 untuk bangunan tambahan 4 bilik darjah. Sekolah telah mengubahsuai bilik darjah untuk dijadikan sebagai Pusat Sumber Sekolah, lengkap dengan bilik tayangan, perpustakaan, bilik alat bantu mengajar dan bilik muzik. Pada tahun 1992, sekolah mendapat peruntukan RM 10,000.00 untuk membina bangunan PraSekolah bagi menampung murid seramai 25 orang.

SELOKA BERSAHUT BERSAMA RTM KELANTAN

Posted by SK SRI KELEWEK on Sabtu, 22 Mei 2010 , under | comments (0)



Program PIBG SK Sri Kelewek telah mengadakan satu Majlis Seloka Bersahut antara Radio Kelantan FM pada hari Jumaat pukul 3.30 ptg bertempat di Dewan Ibnu Sina SK Sri Kelewek. Lihat gambar2 di bawah.


Unit Penyiaran Luar Radio sedang memasang peralatan untuk rakaman Seloka Bersahut sambil di perhatikan oleh Pn. Dyg. Saniah selaku setiausaha Program.


Banner Majlis Seloka Bersahut


Abe Awe(Salam Pantai Timur) sedang menggendalikan acara tersebut sambil memperkenalkan para pemantun.


Sebelah kiri Abe Rahim (CC), Cgu Siti Rohana (Cikgu Joh 1) dan Pn Noshaswati.


Dari Kiri DJ Kak Ngah, DJ Azura dan DJ Fareez.

Pameran dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK)

Ustaz Hashim sedang mendengar penerangan dari Pegawai AADK.


PK Pentadbiran sedang menyiapkan borang kaji selidik dari pihak KPDNKK semasa pameran tersebut,

Hari Kantin 2010

Posted by SK SRI KELEWEK on Rabu, 19 Mei 2010 , under | comments (0)



Hari kantin 2010 telah diadakan pada hari Khamis, 20/5/2010bertempat di perkarangan SKSK. Pelbagai gerai dan jualan disediakan pada hari tersebut. Kepada semua yang membeli kupon dan datang ke Hari Kantin tersebut, Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak jutaan terima kasih. Tahun  depan, InsyaAllah bertemu kembali. Lihat foto2 dibawah yang diambil oleh cgu kama.


Sabtu Gotong Royong Perdana

Posted by SK SRI KELEWEK on Sabtu, 15 Mei 2010 , under | comments (0)



SK Sri Kelewek, 15 Mei 2010 telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana peringkat kebangsaan. Program itu sempena daripada surat pekeliling dari Kementerian, supaya setiap sekolah wajib mengadakan gotong royong peringkat sekolah. Jadi inisiatif ini telah diambil oleh pihak sekolah pada hari cuti Sabtu akan diadakan program gotong royong tgersebut. Semua murid kecuali Tahun 1 & 2 wajib hadir untuk bersama-sama dengan guru-guru bagi membantu dalam menjayakan gotong royong tersebut. Murid-murid diminta membawa peralatan yang sesuai pada hari tersebut. Kumpulan-kumpulan tertentu akan diagih-agihkan pada hari tersebut. Lihat  foto2 di bawah yang diambil oleh cgu Kama..

Mesyuarat PROTIM

Posted by SK SRI KELEWEK on Ahad, 21 Februari 2010 , under | comments (0)



Mesyuarat PROTIM Sekolah telah diadakan lanjutan daripada Cikgu Kamarullzaman sebagai guru Penyelaras PROTIM yang telah menghadiri taklimat di PPD Tanah Merah pada 17/02/2010 yang disampaikan oleh Pegawai PPD iaitu Pn. Rohaida. Sehubungan dengan itu Ahli JawatanKuasa PROTIM telah dibentuk. Ia terdiri daripada guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik untuk kelas 4 Ceria, 5 Ceria  dan 6 Ceria.
Guru yang mengajar BM tahun 4 Ceria - Cikgu Mohd Amin
                                              5 Ceria - Cikgu Muhammad Ismail
                                              6 Ceria - Cikgu Norhaswati Md Nor.
Guru yang mengajar MT tahun 4 Ceria - Cikgu Kamarullzaman bin Muhammad
                                              5 Ceria - Cikgu Abdul Satar Mamat
                                              6 Ceria - Cikgu Noriza Ismail

Bulan ini Kelas Ceria Tidak Berubah...

Posted by SK SRI KELEWEK on , under | comments (0)



Pada bulan Februari, Kategori Tahap 1, kelas terbersih ialah kelas 1 Anggun.
Kategori Tahap 2 pula, Kelas terbersih bagi bulan Februari ialah Tahun 4 Anggun

Program 3K

Posted by SK SRI KELEWEK on Ahad, 7 Februari 2010 , under | comments (0)



Piala Pusingan Kebersihan Kelas
 Info
Program 3K dilaksanakan disekolah ini bagi memupuk murid-murid supaya menjaga kebersihan dan keceriaan di kawasan sekolah. Antara perkara pertama yang telah dibuat ialah mengadakan pertandingan kelas terbersih. Antara yang dinilai oleh Jawatankuasa ialah kebersihan lantai, susun atur meja dan kerusi, cermin tingkap dan seterusnya kreativiti murid dan guru kelas menghias bilik supaya lebih ceria dan sedap mata memandang. Pada bulan Januari, kelas yang menjadi johan ialah : Tahap 1 ialah Darjah 1 Anggun manakala Tahap 2 pula bilik Darjah 4 Bestari 

Guru besar sedang menyampaikan Piala Pusingan kepada ketua Kelas Tahun 4 Bestari

WATIKAH PERLANTIKAN & KEM PENGAWAS

Posted by SK SRI KELEWEK on Khamis, 4 Februari 2010 , under | comments (0)



Telah diadakan pada hari Sabtu, 06 Februari 2010, Sempena cuti ganti Tahun Baharu Cina. Program ini adalah anjuran Unit HEM dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Unit Disipin Sekolah. Murid-murid yang terlibat ialah Pengawas, Pengawas Pusat Sumber(PSS), Penolong dan Ketua Darjah dan Pembantu BOSS.

Ubah Suai Pentas

Posted by SK SRI KELEWEK on Isnin, 1 Februari 2010 , under | comments (0)



Ustaz tarmiziee sedang meninjau keadaan pentas yang sedang diubah suai. Pentas yang sedia ada terlalu kecil dan sempit, dan tidak dapat menampung bilangan guru semasa perhimpunan. Dan kini ianya diperbesarkan sebanyak 10 kaki ke depan. Apabila siap nanti, pentas ini boleh menampung guru yang ramai...





Related Posts with Thumbnails