Posted by SK SRI KELEWEK
on
Jumaat, 18 Jun 2010
, under
Guru 2010,
Staff
|
 |
Guru Besar
Hjh. Che Kamariah bt Mat Ali (DGA34) |
 |
Hjh Suraiyah bt Mohamad
PK 1 (DGA32) |
Posted by SK SRI KELEWEK
on , under
Hari Guru
|
2011 GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Posted by SK SRI KELEWEK
on
Rabu, 9 Jun 2010
, under
Kedudukan
|
Kedudukan SK Sri Kelewek di kordinat X=102.1078 Y=5.81285
Klik pada imej untuk melihat paparan yang lebih besar.
Klik pada imej untuk melihat paparan yang lebih besar.
Klik pada imej untuk melihat paparan yang lebih besar.
Klik pada imej untuk melihat paparan yang lebih besar.
Klik pada imej untuk melihat paparan yang lebih besar.
SK SRI KELEWEK terletak di kawasan luar bandar di dalam Daerah Tanah Merah, Kelantan. Ia terdiri daripada beberapa buah kampung yang berdekatan seperti Kg. Kelewek, Kg. Bechah Tok Kamal, Kg. Padang Lalang dan Kg. Repoh Jagong. Kampung-kampung yang berdekatan lagi ialah Manal 1, 2 dan 3. Jarak dari sekolah ke pusat bandar lebih kurang 6 km sahaja. Sekolah rendah yang terdekat ialah SK Bechah laut dengan jarak 5 km. Sekolah menengah yang terdekat pula ialah SMK Tanah Merah 1 dengan jaraknya lebih kurang 4 km. Manakala jarak sekolah ke PPD Tanah Merah pula ialah lebih kurang 5 km sahaja.
Guru-guru yang mengajar di sekolah ini rata-ratanya terdiri daripada guru yang tinggal di Daerah Tanah Merah. Ada juga yang jauh seperti dari daerah Kota Bharu dan Bachok. Tetapi mereka ini ada yang menyewa di Tanah Merah dan kawasan sekitarnya.
Sekolah-sekolah yang berada dalam zon TQE 1 ialah SK Bechah Laut, SK Bukit Gading, SK Sri Suria 1, SK Sri Suria 3, SK Alor Pasir serta SK Sri Kelewek.
Posted by SK SRI KELEWEK
on
Jumaat, 4 Jun 2010
, under
Cuti Sekolah
|
Pada hari ini Jumaat bersamaan 4 Jun 2010, sekolah-sekolah Ketogori A semuanya mula bercuti. Bagi anda yang bercadang atau berura-ura hendak pergi melancong, makan angin atau buat apa-apa pn bolehlah. Asalkan mendatangkan faedah untuk kelurga dan anak-anak. Begitu juga bagi pelajar2 semua, jadikan cuti ini suatu tempat untuk mengulangkaji pelajaran. Tetapi jangan kita lupa kepada rakan guru-guru yang mengajar kelas tambahan pada masa cuti ni.. Mereka ini harus di beri pujian dan terima kasih kerana sanggup menggadaikan masa cuti mereka untuk kepentingan anak2 didik kita semua. Justeru itu juga, kita haruslah sama2 memberikan semangat dan dorongan kepada mereka untuk meneruskan perjuangan demi anak bangsa 1 Malaysia ini.
Sekolah SK Sri Kelewek diasaskan oleh Zakaria b Mat Amin pada tahun 1958. Bangunan yang pada mulanya hanya beratapkan rumbia, berdindingkan buluh dan berlantaikan tanah. Keramaian murid ketika itu 42 orang.
Tidak lama kemudian terpaksa ditutup kerana dibina tanpa kebenaran kerajaan. Tahun 1960, setelah mendapat kebenaran, dibina pula dengan modal RM 500.00. Tahun 1961 didaftarkan sebagai Sekolah Rakyat Kelewek. Guru Besar ketika itu ialah Cikgu Abas bin Muda dan Cikgu Abdullah b. Awang Besar sebagai Guru Penolong.
Malang tidak berbau, sekolah telah dilanda ribut dan sebahagian bangunannya telah roboh. Usaha mencari derma dijalankan. Dengan modal RM 700.00,bangunan baru berjaya didirikan. Bilangan murid telah meningkat seramai 60 orang. Pada bulan Mei 1968, sekolah ini telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, bangunan telah diperbesarkan. Tn. Hj. Ismail bin Awang dilantik sebagai Guru Besar.
Pada tahun 1975, di atas sebidang tanah seluas 3.28 hektar di Kg. Bukit Payung, Kelewek terbinalah sebuah bangunan baru dua tingkat dan 6 bilik darjah dan dinamakan SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KELEWEK dengan nombor pendaftarannya DBA 5309. Pada tahun 1986, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM 50,000.00 untuk membina bangunan 4 bilik darjah secara gotong royong. Dengan penjimatan kos melalui projek yang diselenggarakan secara gotong-royong, pihak sekolah tidak hanya dapat menyiapkan 5 bilik darjah, sebuah musalla juga dapat didirikan.
Pada tahun 1989, sekolah mendapat peruntukan RM 50,000.00 untuk bangunan tambahan 4 bilik darjah. Sekolah telah mengubahsuai bilik darjah untuk dijadikan sebagai Pusat Sumber Sekolah, lengkap dengan bilik tayangan, perpustakaan, bilik alat bantu mengajar dan bilik muzik. Pada tahun 1992, sekolah mendapat peruntukan RM 10,000.00 untuk membina bangunan PraSekolah bagi menampung murid seramai 25 orang.