SK SRI KELEWEK

SENARAI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Posted by SK SRI KELEWEK on Isnin, 27 Februari 2012 , under | comments (0)





SENARAI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Y.D.P.A.
NAMA YANG DI-PERTUAN AGONG
NEGERI
TEMPOH BERTAKHTA
Pertama
Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Negeri Sembilan
31.08.1957 - 01.04.1960
Kedua
Tuanku Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Selangor
14.04.1960 - 01.09.1960
Ketiga
Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Perlis
21.09.1960 - 20.09.1965
Keempat
Tuanku Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Terengganu
21.09.1965 - 20.09.1970
Kelima
Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Kedah
21.09.1970 - 20.09.1975
Keenam
Al-Sultan Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Kelantan
21.09.1975 - 29.03.1979
Ketujuh
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’Adzam Shah
Pahang
26.04.1979 - 25.04.1984
Kelapan
Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Johor
26.04.1984 - 25.04.1989
Kesembilan
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Perak
26.04.1989 - 25.04.1994
Kesepuluh
Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri Sembilan
26.04.1994 - 25.04.1999
Kesebelas
Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Selangor
26.04.1999 - 21.11.2001
Keduabelas
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Perlis
13.12.2001 - 12.12.2006
Ketigabelas
Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Terengganu
13.12.2006 - 12.12.2012







Lagu Sekolah

Posted by SK SRI KELEWEK on Isnin, 13 Februari 2012 , under | comments (1)



TAJUK : SRI KELEWEK

TEGUH BERDIRI MEGAH
SEKOLAH KEBANGGAAN KAMI
KAMI BULATKAN TEKAD
MENJADI INSAN TERPUJI

ILMU PANDUAN HATI
ETIKA SEKOLAH KAMI
PUNYA JATIDIRI BERAKHLAK MITHALI
WARGA PENDIDIK PENGGERAK WAWASAN


KAMI BERGANDING BAHU
BERSATU TERUS BERSATU
KE ARAH GENERASI CEMERLANG
MENCAPAI NEGARA GEMILANG

SRI KELEWEK TER-BI-LANG.


Lirik : Cikgu Wan Rohana bt. Wan Ismail
Lagu : Cikgu Wan Muhamad

Video Lagu

Maulidur Rasul 1433H

Posted by SK SRI KELEWEK on Jumaat, 3 Februari 2012 , under | comments (0)



Selamat menyambut hari keputeraan nabi Muhammad S.A.W

Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah

Posted by SK SRI KELEWEK on Khamis, 2 Februari 2012 , under | comments (0)




 Lafaz Ikrar pengawas


Jadual Gaji 2012

Posted by SK SRI KELEWEK on Ahad, 1 Januari 2012 , under , | comments (0)



Gaji terakhir tahun 2011 telah pun diterima. Apa kata kita tegok pulaJadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2012.




Jadual gaji 2012 dah pun dibuat, jadual bayar hutang pun kena la buat, kan? Orang tua-tua kata bayar hutang ni, sedikit demi sedikit, makin lama makin cerdik!

Takwim Gaji 2011

Posted by SK SRI KELEWEK on Khamis, 30 Jun 2011 , under , | comments (0)




TAKWIM GAJI 2011
BULANTARIKHHARICATATAN
Januari25.01.2011Selasa
Februari24.02.2011KhamisTahun Baru Cina 3-4.02.2011
Mac24.03.2011Khamis
April25.04.2011Isnin
Mei24.05.2011SelasaPesta Menuai 30-31.05.2011
Jun23.06.2011KhamisHari Gawai 1-2.06.2011
Julai25.07.2011Isnin
Ogos24.08.2011RabuHari Raya Puasa 30-31.08.2011
September22.09.2011Khamis
Oktober20.10.2011KhamisDeepavali 26.10.2011
November24.11.2011KhamisHari Raya Haji 06.11.2011
Disember19.12.2011IsninKrismas 25 Dis

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2011

Posted by SK SRI KELEWEK on Rabu, 16 Februari 2011 , under | comments (0)



TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2011
UPSR
Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)
PMR
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,
10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)
SPM
Amali

Ujian Bertulis


14 November - 14 Disember 2011  (16 hari)

STPM
Ujian Lisan
Ujian Bertulis


20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
21 November 2011 - 15 Disember 2011
STAM
Ujian Lisan 11 - 14 Julai 2011 & 18 - 21 Julai 2011
Ujian Bertulis 12 - 13 Okt 2011 & 17 - 19 Okt 2011 (5 hari)

SPM (ULANGAN)
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian(ULKCP)

Ujian Bertulis
15 - 17 Jun  2011 (2 hari)



13 - 14  Jun 2011 (2 hari)



* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346

sumber : KPM

Mantan Guru Besar

Posted by SK SRI KELEWEK on Sabtu, 21 Ogos 2010 , under , | comments (0)



Klik pada imej untuk melihat lebih jelas. 
Sekian, terima kasih kerana sudi melayari web blog kami.

Takwin Gaji 2010

Posted by SK SRI KELEWEK on Khamis, 19 Ogos 2010 , under , , , | comments (0)




FADILAT SOLAT TERAWIH & KELEBIHANNYA

Posted by SK SRI KELEWEK on Sabtu, 14 Ogos 2010 , under , , | comments (0)




Malam 1
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: DIAMPUNKAN DOSA-DOSA ORANG YANG BERIMAN SEBAGAIMANA KEADAANNYA BARU DILAHIRKAN

Malam 2
DI AMPUNKAN DOSA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERSOLAT TERAWIH SERTA DOSA-DOSA KEDUA IBUBAPANYA

Malam 3
PARA MALAIKAT DI BAWAH ARASY MENYERU KEPADA MEREKA YANG BERSOLAT SUPAYA MENERUSKAN SOLATNYA PADA MALAM-MALAM BERIKUTNYA, SEMOGA ALLAH S.W.T AKAN MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA MEREKA

Malam 4
MEREKA MEMPEROLEHI PAHALA SEBAGAIMANA PAHALA YANG DIPEROLEHI OLEH ORANG-ORANG YANG MEMBACA KITAB TAURAT, INJIL, ZABUR DAN AL-QURAN

Malam 5
DIKURNIAKAN PAHALA SEUMPAMA PAHALA ORANG-ORANG YANG MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI MASJIDIL HARAM, MASJID NABAWI DAN MASJID AL-AQSA

Malam 6
DIKURNIAKAN PAHALA SEUMPAMA PARA MALAIKAT –MALAIKAT YANG BERTAWAF DI BAITUL MAKMUR SERTA SETIAP BATU DAN TANAH BERDOA UNTUK KEAMPUNAN ORANG –ORANG YANG BERSOLAT MALAM TERSEBUT

Malam 7
SEOLAH-OLAH DIA DAPAT BERTEMU DENGAN NABI MUSA A.S SERTA MENOLONGNYA MENENTANG MUSUHNYA FIRAUN DAN HAMMAN

Malam 8
DIKURNIAKAN PAHALA SEBAGAIMANA PAHALA YANG DIKURNIAKAN KEPADA NABI IBRAHIM A.S

Malam 9
DIKURNIAKAN DAN DINAIKKAN MUTU IBADATNYA SEPERTI NABI MUHAMMAD S.A.W

Malam 10
ALAH S.W.T MENGURNIAKAN KEPADANYA KEBAIKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT

Malam 11
DIA MENINGGAL DUNIA DI DALAM KEADAAN BERSIH DARI DOSA SEPERTI BARU DILAHIRKAN

Malam 12
DIA AKAN DIBANGKITKAN PADA HARI KIAMAT DENGAN MUKA YANG BERCAHAYA

Malam 13
DIA AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT DALAM KEADAAN AMAN DARI SEBARANG KEJAHATAN DAN KEBURUKAN

Malam 14
MALAIKAT-MALAIKAT AKAN DATANG MENYAKSIKAN MEREKA BERSOLAT TERAWIH SERTA ALLAH S.W.T TIDAK AKAN MENYESATKAN MEREKA

Malam 15
SEMUA MALAIKAT MEMIKUL ARASY DAN KURSI AKAN BERSELAWAT DAN MENDOAKAN SUPAYA ALLAH S.W.T MENGAMPUNKANNYA

Malam 16
ALLAH S.W.T MENULISKAN BAGINYA DARI KALANGAN MEREKA YANG TERLEPAS DARI API NERAKA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA

Malam 17
ALLAH S.W.T MENULISKAN BAGINYA PAHALA PADA MALAM INI SEBANYAK PAHALA NABI-NABI

Malam 18
MALAIKAT AKAN MENYERU : WAHAI HAMBA ALLAH, SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH REDHA DENGANMU DAN DENGAN KEDUA IBUBAPAMU (YG HIDUP/ TELAH MENINGGAL DUNIA)

Malam 19
ALLAH S.W.T AKAN MENINGGIKAN DARJATNYA DI DALAM SYURGA FIRDAUS

Malam 20
DIKURNIAKAN KEPADANYA PAHALA SEKELIAN ORANG YANG MATI SYAHID DAN ORANG-ORANG SOLEH

Malam 21
ALLAH S.W.T AKAN MEMBINA UNTUKNYA SEBUAH MAHLIGAI DI DALAM SYURGA YANG DIPERBUAT DARI CAHAYA

Malam 22
IA AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT DI DALAM KEADAAAN AMAN DARI SEBARANG HURU-HARA PADA HARI TERSEBUT

Malam 23
ALLAH S.W.T AKAN MEMBINA UNTUKNYA SEBUAH BANDAR DI DALAM SYURGA DARIPADA CAHAYA

Malam 24
AKAN DIBUKAKAN PELUANG UNTUK BERIBADAH KEPADA MEREKA YANG SOLAT TERAWIH PADA MALAM INI SELAMA 25 TAHUN

Malam 25
ALLAH S.W.T AKAN MENGANGKAT SEKSA KUBUR DARINYA

Malam 26
AKAN DIKURNIAKANN PAHALA 40 TAHUN IBADAH KEPADA MEREKA YANG BERSOLAT TERAWIH PADA MALAM INI

Malam 27
BAGI MEREKA YNG BERSOLAT PADA MALAM INI AKAN DIKURNIAKAN KEPADANYA KEMUDAHAN UNTUK MELINTASI TITIAN SIRAT SEPANTAS KILAT

Malam 28
ALLAH S.W.T AKAN MENAIKKAN KEDUDUKANNYA 1000 DARJAT DI AKHIRAT

Malam 29
ALLAH S.W.T AKAN MENGURNIAKAN KEPADANYA PAHALA 1000 HAJI YANG MABRUR

Malam 30
DIBERI PENGHORMATAN PADA MEREKA YANG BERSOLAT TERAWIH PADA MALAM TERAKHIR INI DENGAN FIRMANNYA YANG BERMAKSUD : WAHAI HAMBAKU! MAKANLAH SEGALA JENIS BUAH-BUAHAN YANG ENGKAU INGINI UNTUK DIMAKAN DI DALAM SYURGA DAN MANDILAH KAMU DI DALAM SUNGAI SYURGA YANG BERNAMA ‘SALSABIL’ SERTA MINUMLAH AIR DARI TELAGA YANG DIKURNIAKAN KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W YANG BERNAMA ‘ AL-KAUTHAR’

Sungguh Indah Ciptaan Allah

Posted by SK SRI KELEWEK on , under | comments (0)





*******BERMIMPI MATAHARI TURUN KERUMAHNYA*******

Dia adalah Khadijah r.a, seorang wanita janda,bangsawan, hartawan, cantik dan budiman. Ia disegani oleh masyarakat Quraisy khususnya, dan bangsa Arab pada umumnya. Sebagai seorang pengusaha, ia banyak memberikan bantuan dan modal kepada pedagang-pedagang atau melantik orang-orang untuk mewakili urusan-urusan perniagaannya ke luar negeri. Banyak pemuka Quraisy yang ingin menikahinya dan sanggup membayar mas kawin berapa pun yang dikehendakinya, namun selalu ditolaknya dengan halus kerana tak ada yang berkenan di hatinya. Pada suatu malam ia bermimpi melihat matahari turun dari langit,masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan sinarnya ke semua tempat sehingga tiada sebuah rumah di kota Makkah yang luput dari sinarnya. Mimpi itu diceritakan kepada anak bapak saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal. Dia seorang lelaki yang berumur lanjut, ahli dalam mentakbirkan mimpi dan ahli tentang sejarah bangsa-bangsa purba. Waraqah juga mempunyai pengetahuan luas dalam agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi terdahulu.Waraqah berkata: "Takwil dari mimpimu itu ialah bahwa engkau akan menikah kelak dengan seorang Nabi akhir zaman." "Nabi itu berasal dari negeri mana?" tanya Khadijah bersungguh-sungguh."Dari kota Makkah ini!" ujar Waraqah singkat. "Dari suku mana?" "Dari suku Quraisy juga." Khadijah bertanya lebih jauh: "Dari keluarga mana?" "Dari keluarga Bani Hasyim, keluarga terhormat," kata Waraqah dengan nada menghibur. Khadijah terdiam sejenak, kemudian tanpa sabar meneruskan pertanyaan terakhir: "Siapakah nama bakal orang agung itu, hai anak bapa saudaraku?" Orang tua itu mempertegas: "Namanya Muhammad SAW.Dialah bakal suamimu!" Khadijah pulang ke rumahnya dengan perasaan yang luar biasa gembiranya. Belum pernah ia merasakan kegembiraan sedemikian hebat. Maka sejak itulah Khadijah sentiasa bersikap menunggu dari manakah gerangan kelak munculnya sang pemimpin itu.

*****NABI MUHAMMAD BERNIAGA*****

Muhammad, bakal suami wanita hartawan itu, adalah seorang yatim piatu yang miskin sejak kecilnya,dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Thalib, yang hidupnya pun serba kekurangan. Meskipun demikian, bapa saudaranya amat sayang kepadanya, menganggapnya seperti anak kandung sendiri, mendidik dan mengasuhnya sebaik-baiknya dengan adab, tingkah laku dan budi pekerti yang terpuji.Pada suatu ketika, Abu Thalib berbincang-bincang dengan saudara perempuannya bernama ‘Atiqah mengenai diri Muhammad. Beliau berkata: "Muhammad sudah pemuda dua puluh empat tahun. Semestinyalah sudah kahwin.Tapi kita tak mampu mengadakan perbelanjaan, dan tidak tahu apa yang harus diperbuat." Setelah memikirkan segala ikhtiar, ‘Atiqah pun berkata: "Saudaraku, saya mendengar berita bahwa Khadijah akan memberangkatkan kafilah niaga ke negeri Syam dalam waktu dekat ini. Siapa yang berhubungan dengannya biasanya rezekinya bagus, diberkati Allah SWT. Bagaimana kalau kita pekerjakan Muhammad kepadanya? Saya kira inilah jalan untuk memperolehi nafkah, kemudian dicarikan isterinya." Abu Thalib menyetujui saranan saudara perempuannya.Dirundingkan dengan Muhammad, ia pun tidak keberatan.‘Atiqah mendatangi wanita hartawan itu, melamar pekerjaan bagi Muhammad, agar kiranya dapat diikut sertakan dalam kafilah niaga ke negeri Syam.Khadijah, tatkala mendengar nama "Muhammad", ia berfikir dalam hatinya: "Oh... inilah takbir mimpiku sebagaimana yang diramalkan oleh Waraqah bin Naufal, bahwa ia dari suku Quraisy dan dari keluarga Bani Hasyim, dan namanya Muhammad, orang terpuji, berbudi pekerti tinggi dan nabi akhir zaman." Seketika itu juga timbullah hasrat di dalam hatinya untuk bersuamikan Muhammad, tetapi tidak dilahirkannya karena khuatir akan fitnah. "Baiklah," ujar Khadijah kepada ‘Atiqah, "saya terima Muhammad dan saya berterima kasih atas kesediaannya.Semoga Allah SWT melimpahkan berkatnya atas kita bersama.". Wajah Khadijah cerah, tersenyum sopan,menyembunyikan apa yang tersudut di kalbunya.Kemudian ia meneruskan: "Wahai ‘Atiqah, saya tempatkan setiap orang dalam rombongan niaga dengan penghasilan tinggi, dan bagi Muhammad SAW akan diberikan lebih tinggi dari biasanya." Atiqah berterima kasih, ia pulang dengan perasaan gembira menemui saudaranya, menceritakan kepadanya hasil perundingannya dengan wanita hartawan dan budiman itu. Abu Thalib menyambutnya dengan gembira. Kedua bersaudara itu memanggil Muhammad SAW seraya berkata: "Pergilah anakanda kepada Khadijah r.a, ia menerima engkau sebagai pekerjanya. Kerjakanlah tugasmu sebaik-baiknya."Muhammad SAW menuju ke rumah wanita pengusaha itu.Sementara akan keluar dari pekarangan rumah bapa saudaranya, tiba-tibalah ia mencucurkan air mata kesedihan mengenang nasibnya. Tiada yang menyaksikannya dan menyertainya dalam kesedihan hati itu selain para malaikat langit dan bumi.

*****KESAKSIAN SEORANG RAHIB*****

Tatkala kafilah niaga itu siap akan berangkat,berkatalah Maisarah, kepala rombongan: "Hai Muhammad,pakailah baju bulu itu, dan peganglah bendera kafilah.Engkau berjalan di depan, menuju ke negeri Syam!"Muhammad SAW melaksanakan perintah. Setelah iring-iringan keluar dari halaman memasuki jalan raya,tanpa sedar Muhammad SAW menangis kembali, tiada yang melihatnya kecuali Allah dan para malaikat-Nya. Dari mulutnya terucap suara kecil: "Aduh hai nasib! Mana gerangan ayahku Abdullah, mana gerangan ibuku Aminah.Kiranyalah mereka menyaksikan nasib anakandanya yang miskin yatim piatu ini, yang justeru lantaran ketiadaannyalah sehingga terbawa jadi buruh upahan ke negeri jauh. Aku tidak tahu apakah aku masih akan kembali lagi ke negeri ini, tanah tumpah darahku."Jeritan batin itu membuat para malaikat langit bersedih. Mereka memintakan rahmat baginya. Maisarah memperlakukan Muhammad SAW dengan agak istimewa,sesuai dengan wasiat Khadijah. Diberinya pakaian terhormat, kenderaan unta yang tangkas dengan segala perlengkapannya. Perjalanan mengambil waktu beberapa hari. Terik matahari begitu panas sekali. Tetapi Muhammad SAW berjalan sentiasa dipayungi awan yang menaunginya hingga mereka berhenti di sebuah peristirehatan dekat rumah seorang Rahib Nasrani.Muhammad SAW turun dari untanya, pergi berangin-angin melepaskan lelah di bawah pohon yang teduh.Rahib keluar dari tempat pertapaannya. Ia hairan melihat gumpalan awan menaungi kafilah dari Makkah, padahal tak pernah terjadi selama ini. Ia tahu apa erti tanda itu karena pernah dibacanya di dalam Kitab Taurat.Rahib menyiapkan suatu perjamuan bagi kafilah itu dengan maksud untuk menyiasat siapa pemilik karamah dari kalangan mereka. Semua anggota rombongan hadir dalam majlis perjamuan itu, kecuali Muhammad SAW seorang diri yang tinggal untuk menjaga barang-barang dan kenderaan. Ketika Rahib melihat awan itu tidak bergerak, tetap di atas kafilah, bertanyalah beliau: "Apakah di antara kalian masih ada yang tidak hadir di sini?"Maisarah menjawab: "Hanya seorang yang tinggal untuk menjaga barang-barang." Rahib pergi menjemput Muhammad SAW dan terus menjabat tangannya, membawanya ke majlis perjamuan. Ketika Muhammad SAW. bergerak, Rahib memperhatikan awan itu turut bergerak pula mengikuti arah ke mana Muhammad SAW berjalan. Dan di saat Muhammad SAW masuk ke ruangan perjamuan, Rahib keluar kembali menyaksikan awan itu, dan dilihatnya awan itu tetap di atas, tidak bergerak sedikit pun walaupun dihembus angin. Maka mengertilah ia siapa gerangan yang memiliki karamah dan keutamaan itu.Rahib masuk kembali dan mendekati Muhammad SAW,bertanya: "Hai pemuda, dari negeri mana asalmu?" "Dari Makkah". "Dari qabilah mana?" tanya sang Rahib. "Dari Quraisy, tuan!" "Dari keluarga siapa?" "Keluarga Bani Hasyim." ‘Siapa namamu?" "Namaku, Muhammad." Serta merta ketika mendengar nama itu, Rahib berdiri dan terus memeluk Muhammad SAW serta menciumnya di antara kedua alisnya seraya mengucapkan: "Laa IlaahaIllallaah, Muhammadar Rasulullah." Ia menatap wajah Muhammad SAW dengan perasaan takjub,seraya bertanya: "Sudikah engkau memperlihatkan tanda di badanmu agar jiwaku tenteram dan keyakinanku lebih mantap?" "Tanda apakah yang tuan maksudkan?" tanya Muhammad SAW."Silakan buka bajumu supaya kulihat tanda akhir kenabian di antara kedua bahumu!" Muhammad SAW. memperkenankannya, dimana Rahib tua itu melihat dengan jelas ciri-ciri yang dimaksudkan."Ya....ya....tertolong, tertolong!" seru Rahib. "Pergilah ke mana hendak pergi. Engkau terus ditolong!" Rahib itu mengusap wajah Muhammad SAW, sambil menambahkan: "Hai hiasan di hari kemudian, hai pemberi syafa’at di akhirat, hai peribadi yang mulia, hai pembawa nikmat, hai nabi rahmat bagi seluruh alam!" Dengan pengakuan demikian, Rahib dari Ahlil-Kitab itu telah menjadi seorang muslim sebelum Muhammad SAW. dengan rasmi menerima wahyu kerasulan dari langit.

*****PADERI PADERI YAHUDI GEMENTAR KETAKUTAN*****

Pasar dibuka beberapa hari lamanya. Semua jualan laris dengan keuntungan berlipat ganda, mengatasi pengalaman yang sudah-sudah. Kebetulan pada saat itu bertepatan dengan hari Yahudi, yang dimeriahkan dengan upacara besar-besaran. Muhammad SAW, Abu Bakar dan Maisarah keluar menonton keramaian itu. Tatkala Muhammad SAW memasuki tempat upacara untuk menyaksikan cara mereka beribadat, maka tiba-tiba berjatuhanlah semua lilin-lilin menyala yang bergantungan pada tali di sekitar ruangan, yang menyebabkan paderi-paderi Yahudi gemetar ketakutan. Seorang di antara mereka bertanya: "Alamat apakah ini?" Semuanya hairan, cemas dan ketakutan. "Ini bererti ada orang asing yang hadir di sini,"jawab pengerusi upacara. "Kita baca dalam Taurat bahwa alamat ini akan muncul bilamana seorang lelaki bernama Muhammad SAW, Nabi akhir zaman, mendatangi hari raya agama Yahudi. Mungkinlah sekarang orang itu berada di ruangan kita ini. Carilah lelaki itu, dan kalau bertemu, segeralah tangkap!" Abu Bakar r.a, sahabat Muhammad SAW sejak dari kecil,dan Maisarah, yang mendengar berita itu segera mendekati Muhammad SAW yang berdiri agak terpisah, dan mengajaknya keluar perlahan-lahan di tengah-tengah kesibukan orang yang berdesak-desakan keluar masuk ruangan. Tanpa menunda waktu lagi, Maisarah segera memerintahkan kafilah berangkat pulang ke Makkah. Dengan demikian tertolonglah Muhammad SAW dari kejahatan orang-orang Yahudi

*****NABI MUHAMMAD PULANG KE MEKKAH*****

Biasanya dalam perjalanan pulang, kira-kira jarak tujuh hari lagi mendekati Makkah, Maisarah mengirim seorang utusan kepada Khadijah r.a, memberitahukan bakal kedatangan kafilah serta perkara-perkara lain yang menyangkut perjalanan. Maisarah menawarkan kepada Muhammad SAW: "Apakah engkau bersedia diutus membawa berita ke Makkah?" Muhammad SAW berkata: "Ya, saya bersedia apabila ditugaskan". Pemimpin rombongan mempersiapkan unta yang cepat untuk dinaiki oleh utusan yang akan berangkat terlebih dahulu ke kota Makkah. Ia pun menulis sepucuk surat memberikan kepada majikannya bahwa perniagaan kafilah yang disertai Muhammad SAW mendapat hasil laba yang sangat memuaskan, dan menceritakan pula tentang pengalaman-pengalaman aneh yang berkaitan dengan diri Muhammad SAW. Tatkala Muhammad SAW menuntun untanya dan sudah hilang dari pandangan mata, maka Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s .: "Hai Jibril, singkatkanlah bumi di bawah kaki-kaki unta Muhammad SAW! Hai Israfil, jagalah ia dari sebelah kanannya! Hai Mikail, jagalah ia dari sebelah kirinya! Hai awan, teduhilah ia di atas kepalanya!" Kemudian Allah SWT mendatangkan ngantuk kepadanya sehingga baginda SAW tertidur nyenyak dan tiba-tiba telah sampai di Makkah dalam tempo yang cukup singkat.Saat terbangun, ia hairan mendapati dirinya telah berada di pintu masuk kota kelahirannya. Baginda SAW sedar bahwa ini adalah mukjizat Tuhan kepadanya, lalu bersyukur memuji Zat Yang Maha Kuasa. Sementara baginda SAW mengarahkan untanya menuju ke tempat Khadijah r.a, secara kebetulan Khadijah r.a pada saat itu sedang duduk sambil kepalanya keluar jendela memandangi jalan ke arah Syam, tiba-tiba dilihatnya Muhammad SAW di atas untanya dari arah bertentangan di bawah naungan awan yang bergerak perlahan-lahan di atas kepalanya. Khadijah r.a menajamkan matanya, bimbang kalau-kalau tertipu oleh penglihatannya, sebab yang dilihatnya hanyalah Muhammad SAW sendirian tanpa rombongan,padahal telah dipesannya kepada Maisarah agar menjaganya sebaik-baik. Ia bertanya kepada wanita-wanita sahayanya yang duduk di sekitarnya: "Apakah kamu mengenali siapa pengendara yang datang itu?" sambil tangannya menunjuk ke arah jalan.Seorang di antara mereka menjawab: "Seolah-olah Muhammad Al-Amiin, ya sayyidati!" Kegembiraan Khadijah r.a terlukis dalam ucapannya: "Kalau benar Muhammad Al-Amiin, maka kamu akan kumerdekakan bilamana ia telah sampai!"

Solat Tarawih

Posted by SK SRI KELEWEK on , under , , | comments (0)




Latar Belakang
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Dalil
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.
Hukum
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.
Cara Solat Tarawih
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".
Bilangan Rakaat
Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan Ramadan
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.
Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”
Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.
Kelebihan Sembahyang Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Related Posts with Thumbnails