SK SRI KELEWEK

LAILATUL QADAR

Jumaat, 13 Ogos 2010 , Posted by SK SRI KELEWEK at 9:54 PG







LAILATUL QADAR

Allah SWT memperuntukkan satu malam di bulan Ramadan malam penuh syahdu dan berkat. Malam yang ditunggu-tunggu oleh para Anbiya' dan para salihin yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu "Lailatul Qadar". Pada malam inilah Allah menurunkan Al-Quran.

Kita seharusnya menginginkan malam tersebut walau sekali seumur hidup tetapi malam itu tidak akan datang bergolek, hendaklah kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya kerana Lailatul Qadar menjanjikan:
  1. Beramal pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun
  2. Doa kita dikabulkan Allah SWT. Pintalah apa-apa yang munasabah untuk dunia dan akhirat, untuk diri, anak isteri dan ibu bapa serta sekalian muslimin muslimat 
Ulama menyatakan amalan yang sebaik-baiknya kita lakukan di malam Lailatul Qadar (yakni menghidupkan malam tersebut) ialah:
  1. Memohon ampun segala dosa yang terdahulu (Istigfar)
  2. Mengerjakan solat-solat sunat dan solat Qada'
  3. Membaca Al-Quran
  4. Berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  5. Berdoa dan banyakkan membaca doa:  Maksudnya: "Ya Allah! Engkau yang Maha Pemaaf (Pengampun), kasih kepada kemaafan maka maafkan aku (ampun)"
  6. Pada malam tersebut hendaklah solat Isyak berjemaah dan Subuhnya juga berjemaah

Menurut Imam Al-Ghazali: Lailatul Qadar berlaku pada mana-mana sepuluh malam terakhir iaitu pada malam-malam ganjil.
  1. Jika awal puasa pada hari Ahad atau Rabu, Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 29 Ramadan
  2. Jika awal puasa pada hari Isnin, Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 21 Ramadan
  3. Jika awal puasa pada hari Selasa atau Jumaat, Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 27 Ramadan
  4. Jika awal puasa pada hari Khamis, Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 25 Ramadan
  5. Jika awal puasa pada hari Sabtu, Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 23 Ramadan 
SUMBER e zakat Selangor

Currently have 0 comments:

Related Posts with Thumbnails